24.2.13

Orang Tua

Yaa..
Orang tua...
Tajuk entry aku kali ni pasal orang tua.. dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal benda ni..tapi tak ada masa.. maklumlah, aku ni perdana menteri..hahahaha
oke,back to the story...
cerita ni pasal mak bapak atuk nenek pakcik makcik kita..
benda ni lebih dari hasil pemerhatian aku yang tak seberapa dan pengalaman aku yang sikit ni.. tak nak terima tak apa,aku tak kisah pun..
aku tgk sekarang ni ramai anak yang biar mak bapak dia tinggal sendiri kat rumah,tak berteman.. tak dinafikan memang lah anak tu sibuk dgn hal kerja yang memaksa anak tu kerja dari pagi sampai malam.. tapi cuba fikir balik masa diorang jaga kita dulu.. pun sibuk jugak nak cari makan minum utk kita.. ada jugak mak bapak ni yang dah umur dlm lingkungan 70'an dah mula berperangai macam budak-budak.. itu perkara normal utk orang tua.. sebab itu jugak lah ada anak yang tak berminat nak jaga mak bapak diorang sbb mintak yg macam-macam..
cuba kita fikir balik, umur org tua tu dah lanjut.. entah esok,entah lusa pergi mengadap Ilahi.. sementara dia hidup tu,layankan je la apa yang diorang nak.. apa kerenah diorang.. itu semua mcm bayangan utk si anak masa dia kecik dulu sebenarnya.. masa kecik macam-macam yang si anak tu mintak sampai mak bapak tu pening nak adakan apa yg tak ada..
well, bg apa yg aku tgk selama ni.. si anak rasa mcm beban pulak mak bapak tu...
aku tak tahu nak cakap macam mana..
cuma aku pernah terbaca satu quote ni, "aku nampak manusia tapi tak nampak kemanusiaan"
mungkin itu yang terbaik dapat aku andaikan utk manusia zaman sekarang ni..
sekian....

No comments:

Post a Comment